Wednesday, December 23, 2009

Asas Melancong Menurut Islam

Terdapat beberapa perkara yang patut dilihat sebelum melancong:

- Urusan hendaklah menepati hukum syarak.
- Tempat yang dituju hendaklah tidak ada unsur maksiat.
- Perbelanjaan tidak ada pembaziran.
- Keperluan keluarga yang ditinggalkan hendaklah telah disediakan.
- Pemergian adalah kerana tuntutan Allah s.w.t.
- Ingatlah bahawa Allah s.w.t. yang memperjalankan manusia ke mana sahaja.
- Niatkan di hati tujuan melancong itu boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Hindarkan daripada berlakunya maksiat.
- Pastikan anggota yang ikut serta mendapat keselesaan.
- Hindarkan daripada mementingkan diri sendiri.
- Perlu ada kasih sayang sesama anggota yang berada dalam ronbongan.
- Hindarkan daripada membuli anggota yang ikut serta.
- Rombongn yang melancong hendaklah sentiasa bermesyuarat dalam urusan.
- Pemandu pelancong hendaklah memahami prinsip ajaran Islam.
- Hindarkan daripada makanan yang syubhat dan yang najis.
- Berbelanja semasa melancongan janganlah sampai membazir.
- Sentiasa mengingati Allah s.w.t. semasa dalam perjalanan.
- Bertasbih, bertahmid dan bertahlil semasa dalam perjalanan.
- Jika ada masalah maka sama-sama membantu.
- Mementingkan diri sendiri adalah amat dilarang.
- Sebaik-baik perjalanan hendaklah ke Masid al Haram, Masjid Nabi dan Masjid al Aqsa.
- Berjalanlah di muka bumi ini dengan merendah diri dan tidak sombong.

No comments:

Post a Comment