Wednesday, December 23, 2009

Persediaan Untuk Melancong

Perkara yang perlu diperhatikan oleh seorang pelancong:

- Sediakan passport atau dokumen perjalanan yang sah.
- Mengetahui destinasi yang dituju itu tidak ada kekacauan.
- Memastikan kenderaan yang dinaiki itu ada dalam keadaan baik.
- Bekalan yang dibawa hendaklah mencukupi.
- Bekalan yang ditinggalkan untuk keluarga hendaklah mencukupi.
- Mengetahui dengan baik cara-cara solat jamak dan qasar.
- Pakaian yang dibawa bersama hendaklah mencukupi.
- Peralatan yang dibawa juga perlu dilengkapkan.
- Pertukaran wang asing disediakan.
- Berbelanja janganlah memboros.
- Perhatikan barangan yang hendak dibeli adakah berfaedah.
- Jagalah adab dan perangai supaya tidak memuakkan orang lain.
- Jauhilah dari perangai sombong.
- Bergelak ketawa hendaklah dijauhi mungkin boleh tersinggung orang lain.
- Gunalah bahasa yang biasa tidak ada unsur mengajuk-ajuk bahasa orang lain.
- Jauhilah mempersendakan ahli yang ikut serta.
- Bersopan santun di hadapn orang lain.
- Jika ada apa-apa kelebihan janganlah dipertontonkan.
- Sentiasa membantu sesama ahli yang ikut serta.
- Jangan terpecah daripada kumpulan yang ikut serta.
- Jika anda membeli banyak barang janganlah menyuruh orang lain membawanya. Bawa sendri.
- Sepanjang perjalanan hendaklah bertasbih, tahmid, tahlil dan selawat. Monhon keberkatan.

Pemandu Pelancong

Pemandu pelancong perlulah:

- Tidak ada unsur membuli.
- Pengetahuan hendak mencukupi mengenai destinasi yang dituju.
- Bersifat ikhlas dan berlapang dada dengan karenah pelancong.
- Sentiasa bermanis muka dan membantu.
- Menerangkan destinasi dengan jujur dan bermanfaat untuk pelancong.
- Tidak ada unsur maksiat dan lucah.
- Jangan menunjukkan aksi yang tidak sihat dan mencemarkan keadaan.
- Hormatilah pelancong yang ikut serta mereka.
- Janganlah berlagak dan mengada-ngada di dalam bas.
- Ada setengah bas dibenarkan berkaraoke maka jangan buat begitu mungkin ada yang tidak suka.
- Hindarlah dari bergelak ketawa di dalam kenderaan.
- Jangan menakut-nakutkan pelancong.
- Sentiasa memberikan kata-kata yang baik dan lemah lembut.
- Pelancong yang melanggar peraturan hendaklah menghadapinya dengan sopan.
- Jangan bergurau berlebihan hingga menjatuhkan air muka orang lain.

Asas Melancong Menurut Islam

Terdapat beberapa perkara yang patut dilihat sebelum melancong:

- Urusan hendaklah menepati hukum syarak.
- Tempat yang dituju hendaklah tidak ada unsur maksiat.
- Perbelanjaan tidak ada pembaziran.
- Keperluan keluarga yang ditinggalkan hendaklah telah disediakan.
- Pemergian adalah kerana tuntutan Allah s.w.t.
- Ingatlah bahawa Allah s.w.t. yang memperjalankan manusia ke mana sahaja.
- Niatkan di hati tujuan melancong itu boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Hindarkan daripada berlakunya maksiat.
- Pastikan anggota yang ikut serta mendapat keselesaan.
- Hindarkan daripada mementingkan diri sendiri.
- Perlu ada kasih sayang sesama anggota yang berada dalam ronbongan.
- Hindarkan daripada membuli anggota yang ikut serta.
- Rombongn yang melancong hendaklah sentiasa bermesyuarat dalam urusan.
- Pemandu pelancong hendaklah memahami prinsip ajaran Islam.
- Hindarkan daripada makanan yang syubhat dan yang najis.
- Berbelanja semasa melancongan janganlah sampai membazir.
- Sentiasa mengingati Allah s.w.t. semasa dalam perjalanan.
- Bertasbih, bertahmid dan bertahlil semasa dalam perjalanan.
- Jika ada masalah maka sama-sama membantu.
- Mementingkan diri sendiri adalah amat dilarang.
- Sebaik-baik perjalanan hendaklah ke Masid al Haram, Masjid Nabi dan Masjid al Aqsa.
- Berjalanlah di muka bumi ini dengan merendah diri dan tidak sombong.